fbpx

Tadika swasta untuk murid usia 4 hingga 6 tahun dibenar beroperasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Semua tadika swasta bagi murid berumur empat hingga enam tahun di negeri Fasa 1 dan Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) telah dibenarkan beroperasi mulai 17 September lalu.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu kenyataan berkata, ia termasuk tadika di sekolah swasta, tadika di sekolah antarabangsa dan tadika di sekolah ekspatriat serta pusat perkembangan minda untuk anak-anak yang ibu bapa atau penjaga bekerja.

“Pengoperasian ini tertakluk kepada kapasiti bilik darjah dengan penjarakan fizikal yang ditetapkan. KPM sentiasa komited untuk terus melakukan yang terbaik,” kata kenyataan itu hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI