PETALING JAYA – Seorang pengguna media sosial memuat naik satu rakaman video pencemaran yang didakwa berlaku di perairan Pulau Langkawi.
Rakaman video berdurasi 38 saat dimuat naik di aplikasi TikTok itu menunjukkan kawasan perairan berkenaan dipenuhi sampah sarap termasuk plastik.
Kejadian tersebut didakwa berlaku di kawasan perairan berhampiran Bukit Malut dan dua buah hotel ternama di pusat peranginan tersebut.
Rata-rata pengguna media sosial mengecam pencemaran itu dan mengesyaki ia dilakukan oleh pelancong yang dibenarkan memasuki Pulau Langkawi sejak beberapa hari lalu.
Bagaimanapun ada juga netizen mendakwa pencemaran itu disebabkan oleh pendatang dari Myanmar yang menduduki kawasan Bukit Malut.
Pulau Langkawi kembali dibuka kepada pelancong tempatan bermula 16 September lalu sebagai projek rintis pembukaan sektor pelancongan negara. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929