PETALING JAYA – Hujan lebat dan ribut petir dijangka membadai beberapa kawasan di empat buah negeri pagi ini.
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam satu hantaran di laman Facebooknya memaklumkan, antara negeri yang terlibat adalah Kedah, Pulau Pinang, Johor dan Sarawak.
Di Kedah ia melibatkan kawasan Kuala Muda, Kota Setar, Pokok Sena dan Yan, manakala bagi Pulau Pinang ia membabitkan keseluruhan negeri terbabit.
Bagi negeri Johor pula, ia meliputi kawasan Pontian, Kota Tinggi, Kulai dan Johor Bahru.
Untuk negeri Sarawak, antara kawasan yang diramal mengalami hujan lebat dan ribut petir adalah di sekitar kawasan Sarikei, Sibu, Kanowit, Mukah, Tanjung Manis, Daro, Song, Kapit dan Bukit Mabong.
Menurut MetMalaysia, keadaan cuaca ini dijangka berterusan sehingga pukul 10 pagi bagi negeri Kedah, Johor dan Pulau Pinang, manakala bagi Sarawak sehingga pukul 11 pagi-K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929