BARU-BARU ini memang kecoh dalam media sosial mengenai isu buang sampah merata-rata di lokasi air terjun sehingga mendapat pelbagai reaksi orang ramai.
Salah seorang yang turut bersuara ialah Ratu Rock Malaysia, Ella dalam satu ciapannya baru-baru ini.
Ella yang mengulang siar foto ‘kesesakan’ di sebuah lokasi air terjun mencadangkan agar undang-undang sedia ada diperketatkan lagi.
“Saya cadangkan Kementerian Pendidikan tambah baik silibus pendidikan anak-anak atau tambah undang-undang sedia ada.
“Tekankan kepentingan kebersihan dan penjagaan alam sekitar. Semakin hari semakin buruk tindakan kita,” ciapnya.
Ada yang setuju dengan cadangan Ella dan terdapat juga berpendapat pendidikan yang baik ialah bermula daripada rumah.
DIVA: Tumpang bahagia tengok pintu rezeki kru belakang tabir kembali terbuka.