fbpx

Guna modal RM25,000 jual nasi ayam gepuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHAMMAD ADAM menunjukkan hidangan nasi ayam gepuk di hadapan The Rumah Cafe di Kampung Parit Pinang, Benut, Pontian baru-baru ini.

PONTIAN – Usia muda bukanlah penghalang buat seorang pemuda berusia 21 tahun untuk menceburkan diri dalam perniagaan berasaskan makanan de­ngan menjadikan sajian nasi ayam gepuk Pak Gembus yang dikatakan berasal dari Jogjakarta, Indonesia sebagai inspirasi.

Muhammad Adam Harith Hisham berkata, dia tekad dan memberanikan diri untuk terlibat secara langsung dalam perniaga­an makanan apabila membuka premis dikenali The Rumah Cafe.

Pemegang Diploma Pengurusan Perniagaan dari sebuah kolej swasta itu memulakan bisnes di hadapan rumah keluarganya yang terletak di Jalan Parit Ismail, Kampung Parit Pinang, Benut di sini.

“Selepas habis belajar tahun lalu, saya mencari idea untuk memulakan kerjaya sebenar dalam hidup, macam-macam saya fikir sehinggalah idea untuk buka perniagaan berasaskan makanan dan minuman.

“Alhamdullillah, Allah SWT permudahkan segala urusan saya dan sejak Julai lalu, saya dapat membuka kedai dengan modal permulaan sebanyak RM25,000,” katanya kepada Kosmo! Ahad baru-baru ini.

Menurut Muhammad Adam, keistimewaan nasi ayam gepuk ini adalah sambal yang dibuat daripada lada kampung, lada Viet­nam, kacang tanah goreng, kacang gajus yang digoreng selain bahan-bahan yang lain.

Sementara ayamnya perlu di­perap semalaman menggunakan rempah ratus istimewa sebelum digoreng panas dan dihidang­kan bersama nasi panas, sup serta sedikit ulam-ulaman.

Tambah Muhammad Adam lagi, setelah beroperasi hampir tiga bulan, sambutan yang di­terima daripada penduduk tempatan dan bukan sahaja di kawasan Benut, malah dari Rengit, Pontian dan Simpang Renggam.

“Walaupun belum beroperasi secara makan di kedai atau ‘dine-in’, tetapi ramai yang membeli bungkus untuk dibawa pulang. Sehari antara 70 hingga 100 bungkus dapat dijual,” katanya.

Jelasnya, The Rumah Cafe dibuka setiap hari bermula pukul 11 pagi hingga 6.30 petang kecuali ditutup pada hari Jumaat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI