SEBAGAI seorang pengarah filem Bollywood terkenal, Farah Khan sebenarnya mempunyai hubungan yang cukup rapat dengan para pelakon. Dia juga arif dengan cita rasa setiap pelakon termasuk dalam soal selera makan dua bintang Shah Rukh Khan (SRK) dan Salman Khan yang disifatkan sangat berbeza antara satu sama lain.
Ujar Farah, SRK sangat menjaga soal pemakanannya dan hanya mengambil menu ayam tandoori setiap masa.
“Salman pula makan apa sahaja dalam kuantiti yang banyak,” ujarnya.
Farah jarang melihat SRK makan roti selain daripada nasi atau capati.
“Selama 26 tahun mengenali mereka berdua, saya sudah hafal selera pemakanan mereka dan makanan yang digemarinya,” ujar pengarah filem Om Shanti Om itu.