fbpx

Sembilan negeri catat kluster baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sebanyak 16 kluster baharu dikenal pasti hari ini di sembilan negeri melibatkan 10 kluster tempat kerja, empat kluster komuniti dan dua kluster kumpulan berisiko tinggi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kluster-kluster tersebut dilaporkan di Johor, Selangor, Labuan, Pulau Pinang, Sarawak, Sabah, Perak, Kelantan dan Pahang.

Menurutnya, dalam masa sama, sebanyak 15,549 kes baharu dilaporkan dengan lima daripada kes import, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 2,082,876 kes.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 263 kes (1.69 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima serta 15,286 kes (98.31 peratus) melibatkan kategori satu dan dua.

“Terdapat 1,165 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 689 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ujarnya, sebanyak 17,205 kes sembuh dilaporkan iaitu melebihi kes harian negara dengan jumlah kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 1,840,453 kes. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI