fbpx

Cubaan selamatkan rakan bertukar tragedi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba melakukan operasi mencari mangsa yang tidak timbul selepas terjun ke dalam empangan untuk menyelamatkan rakannya yang tergelincir. - Foto IHSAN BOMBA SELANGOR

KUALA KUBU BHARU – Tindakan seorang remaja lelaki terjun ke dalam empangan untuk menyelamatkan rakannya yang tergelincir bertukar tragedi apabila dia dikhuatiri lemas dalam kejadian dekat jambatan Kampung Pertak, Kuala Kubu Bharu di sini hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 3.54 petang sebelum menggerakkan anggota ke lokasi.

Seramai tujuh pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi bagi kerja-kerja menyelamat mangsa, Hamzah Ilya Azman, 19.

“Sebelum kejadian, mangsa cuba menyelamatkan rakannya yang tergelincir ke dalam empangan semasa berswafoto,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Norazam, rakan mangsa yang berusia 20 tahun bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke tebing.

Walau bagaimanapun mangsa yang terjun untuk menyelamatkan rakannya pula tidak timbul.

Gerakan mencari mangsa sedang giat dilakukan bersama Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA).

“Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati ketika melakukan aktiviti berkelah atau bercuti di kawasan seperti sungai dan empangan dan beredar sekiranya hujan,” ujar beliau.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI