fbpx

AEON Midtown Falim jadi pusat pertama RiVAC di Ipoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pusat Beli Belah AEON Midtown Falim, Ipoh menjadi pusat pertama untuk Program Vaksinasi Industri Peruncitan (RiVAC) yang memberi vaksinasi kepada pekerja sektor peruncitan di Ipoh, Perak.

Ketua Pegawai Sumber Manusia dan Pengarah Komunikasi Korporat AEON, Dr. Kasuma Satria Mat Jadi berkata, sejumlah 10,000 dos vaksin telah diperuntukkan kepada pusat membeli belah tersebut untuk diberikan kepada pekerja sektor peruncitan bermula 7  September lalu untuk dos pertama manakala sesi dos kedua pula akan dilengkapkan dari 28 September hingga 7 Oktober ini.

“Kami berasa bersyukur kerana diberi peluang untuk melaksanakan program vaksinasi ini dengan sokongan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). Matlamat kami sentiasa mengutamakan kesihatan dan kesejahteraan para pemegang taruh di dalam ekosistem kami terjaga. 

“Kami juga rasa berbesar hati kerana menjadi Pusat Pemberian Vaksin Industri (PPVIN) dan melalui perlaksanaan program ini, Pusat Beli Belah AEON Midtown Falim juga telah menjadi pusat RiVAC yang pertama di negeri Perak.”

“Program RiVAC di Pusat Beli Belah AEON Midtown Falim ini merupakan kesinambungan dari program yang telah dilaksanakan di Pusat Beli Belah AEON Taman Maluri, Kuala Lumpur Julai lalu di mana sejumlah 1,733 orang yang terlibat di dalam ekosistemnya telah dilengkapkan vaksinasi mereka. 

“Kami akan terus merencanakan program sebegini pada cawangan-cawangan kami yang lain secara berperingkat,” katanya dalam kenyataan.

RiVAC merupakan salah satu inisiatif kerajaan dalam bentuk kerjasama strategik awam dan swasta untuk mempercepatkan proses vaksinasi di kalangan pekerja-pekerja sektor peruncitan bagi membantu mencapai 80 peratus imuniti kelompok di negara ini.

Pusat Beli Belah AEON Midtown Falim menempatkan AEON Ipoh Falim Store dan AEON BiG Falim untuk memenuhi keperluan runcit komuniti sekitar.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI