AMPANG JAYA – Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hadir melawat kediaman penduduk yang terjejas dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Kemensah Height di sini, hari ini.
Azmin yang juga merupakan Ahli Parlimen Gombak dilihat tiba kira-kira pukul 11.30 pagi tadi bagi meninjau sendiri lokasi kejadian.
Terdahulu, Kosmo! Online semalam melaporkan 28 buah keluarga terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara selepas berlaku kejadian tanah runtuh.
Difahamkan kejadian pukul 9.33 malam itu berlaku berikutan hujan lebat semalam namun tiada mangsa dilaporkan yang dilaporkan cedera. K! ONLINE