fbpx

Masa depan Leno bersama Arsenal makin kelam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LENO gagal beraksi cemerlang apabila melepaskan sembilan gol dalam tiga aksi Arsenal menyebabkan dia terpaksa digugurkan. – AFP

LONDON – Masa depan penjaga gol Arsenal, Bernd Leno kini menjadi pertaruhan selepas pengurus pasukan itu, Mikel Arteta mengakui tidak mampu untuk memberi jaminan selepas kecemerlangan dipamerkan oleh seorang lagi pemain di posisi berkenaan, Aaron Ramsdale.

Leno digugurkan oleh Arteta pada aksi menentang Norwich minggu lalu yang menyaksikan Arsenal meraih kemenangan pertama musim ini selain laporan menyebut, Leno mungkin akan meninggalkan Emirates penghujung musim ini.

“Saya sudah bercakap de­ngan semua penjaga gol sejak dua atau tiga tahun lalu bahawa tiada jaminan untuk mereka kekal menjadi pilihan pertama.

“Apa yang kami mahu lakukan adalah menguatkan pasukan dan meminta mereka untuk menjalani latihan dengan keras, menjaga sikap serta bermain sebaik mungkin.

“Dalam bola sepak, apa yang anda telah lakukan tiga bulan lalu tidak diambil kira. Ia mengenai apa yang anda lakukan hari ini dan esok,” katanya.

Leno dipilih untuk beraksi dalam tiga perlawanan awal musim ini, namun gawangnya telah dibolosi sebanyak sembilan kali dan Arsenal tewas dalam ketiga-tiga perlawanan berkenaan.

Selepas rehat untuk aksi antarabangsa, Ramsdale diberikan peluang oleh Arteta dan dia sekali lagi bakal mengisi kesebelasan utama Arsenal berdepan Burnley malam ini.

“Sudah tentu bukan perkara mudah untuk menyatakan kepada Bernd bahawa dia tidak akan bermain, tetapi dia seorang yang sangat profesional. Saya berharap dia akan bekerja lebih keras dan memberikan sokongan kepada rakan sepasukan yang lain,” jelas Arteta. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI