ISNIN lalu, Met Gala 2021 menjadi topik hangat netizen seluruh dunia dalam media sosial.
Majoritinya membahaskan tentang fesyen dan busana yang digayakan oleh selebriti Hollywood yang hadir ke acara fesyen berprestij tersebut.
Namun, siapa sangka disebabkan acara tersebut, nama Didie Alias menjadi topik bualan netizen tanah air.
Menurut pengguna Twitter, Didie antara selebriti tanah air yang paling layak mewakili Malaysia ke Met Gala.
“Tolong hantar Didie, dia permaisuri fesyen,” seloroh seorang netizen.
Dalam pada itu, beberapa keping foto Didie menggayakan fesyen-fesyen peliknya turut tular dalam Twitter.
Paling lucu, ada yang menyunting foto seolah-olah Didie hadir ke Met Gala 2021 tempoh hari.