fbpx

CLB, bukti sentuhan emas Drake

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BERSANDARkan emoji 12 wanita hamil sebagai penghias kulit album, CLB mungkin kurang kepelbagaian sama seperti naskhah terdahulu Drake tetapi tetap jelas dari segi konsep dan terkandung struktur muzikal sebuah sebuah diskografi yang kukuh.

ADA kelompok peminat Drake yang sedar bahawa setiap kali diskografi baharu diluncurkan, akan wujud rungutan daripada kebanyakan pendengar, lagu-lagu yang dihasilkan kedengaran sama, tidak banyak variasi emosi dan segala-galanya seperti mendatar.

Terdapat juga dalam kalangan yang barangkali cukup kenali bahawa pemilik nama lengkap Aubrey Drake Graham itu sengaja membikin hal sedemikian kerana itu yang dimahukan majoriti pendengar. Hasilnya, jualan karya berkenaan meraih sambutan seperti pisang goreng panas.

Resipi sama nampaknya diguna pakai Drake untuk album keenamnya, Certified Lover Boy (CLB). Mengandungi 21 trek, kebanyakan nuansa bunyi dalam Certifield Lover hampir serupa.

Sebagai seorang penggemar muzik Drake, penulis tidak menafikan perihal itu. Barangkali, itulah rahsia kejayaannya. Tulis sahaja lagu jisimnya bukanlah ‘over the top’, yang pasti akan terjual.

Buktinya, CLB meroket di tangga pertama carta lagu Billboard Hot 100 dengan rekod 613,000 unit penjualan pada minggu debut, sekali gus menjadikan album tersebut paling laris buat tahun 2021.

Secara peribadi, jika dia seorang pemuzik bernama Drake, bukan satu jenayah kalau karyanya dilabel sebagai ‘membosankan’ kerana memang akan tetap diraikan dari segi jualan.

Seolah-olah, jika lagu ABC pun, kuasa membeli peminat Drake memang tidak boleh disangkal.

Fair Trade penyelamat

Berbalik soal kualiti CLB, setakat ini hanya ada beberapa trek sahaja yang melekat di telinga terutamanya Fair Trade (featuring Travis Scott). Penulis masih lagi mencari waktu untuk ‘berdamai’ dengan 20 karya lain, namun masih belum bertemu ‘meeting point’.

Fair Trade barangkali satu-satunya trek yang kedengaran seperti Drake meletakkan usaha jitu dan lebih besar dalam album kali ini. Baik dari segi lirik dan komposisi muzik. Tidak mustahil dengan kualiti dan respons baik daripada peminat, judul berkenaan akan diletakkan sebagai single pertama CLB.

Fair Trade membawa pendengar bercerita tentang rakan-rakan palsu dan sebenarnya hidup ini lebih baik tanpa mereka. Dalam pada itu, Scott memberi naratif tentang wanita, kereta dan kemewahan.

MALAS dan mengarut namun yang pasti, setiap sentuhan Drake akan menjadi emas dan terjual.

Sampling, kulit album

Lagu tersebut turut menjadikan lagu asal nyanyian Charlotte Day Wilson berjudul Mountains sebagai sampling, satu trend yang acap kali dipraktikkan di Hollywood.

Satu lagi lagu yang tidak kurang hebatnya dari segi komposisi muzik adalah trek nombor tiga berjudul Girls Want Girls (featuring Lil Baby).

Lirik yang terkandung agak nakal iaitu bercerita tentang kecenderungan lelaki menyaksikan aktiviti lesbianisme, satu perkara yang sangat dianggap tabu di negara kita.

Sejauh mana disangkal, wujud golongan yang sebegitu dalam kalangan lelaki tidak kira di negeri manapun mereka bertapak.

Seperkara lagi isu yang sedikit kontroversi iaitu kualiti kulit album yang memaparkan 12 emoji wanita hamil dengan hanya rona baju berbeza, rambut dan warna kulit.

Malas dan mengarut, namun itulah Drake, setiap sentuhannya akan jadi emas dan terjual.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI