fbpx

Lee Min-ho trauma, takut timun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEE MIN-HO

AKTOR terkenal Korea Selatan, Lee Min-ho baru-baru ini mengejutkan peminat dengan satu fakta lucu tetapi benar tentang dirinya apabila mengakui trauma terhadap sejenis sayur-sayuran iaitu timun.

Min-ho, 34, berkongsi perkara tersebut dalam satu wawancara bersama saluran YouTube Esquire Korea.

Biarpun tidak menjelaskan secara terperinci, namun Min-ho memaklumkan dia akan mengelak daripada melalui tempat-tempat yang mempunyai sayur tersebut.

“Saya takut timun, saya rasa kebanyakan peminat saya mengetahui tentang perkara ini.

“Disebabkan saya seorang yang sangat takutkan timun, saya cuba elak untuk pergi ke tempat yang berdekatan dengan timun atau jauhkan diri saya daripada timun,” katanya sambil tergelak.

Dalam perkembangan lain, Min-ho baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama Pachinko untuk siri original Apple TV.

“Saya baru selesaikan penggambaran untuk Pachinko dan sedang menunggu tayangannya awal tahun depan.

“Saya tahu peminat sedang menunggu projek saya yang seterusnya, saya harap Pachinko akan mendapat respons positif dan menjadi hadiah yang baik buat peminat,” ujarnya.

Sekadar info, Pachinko merupakan drama adaptasi novel karya Min Je-lee itu akan didatangkan dengan tiga bahasa iaitu Inggeris, Korea dan Jepun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI