fbpx

Kru kapal warga China hilang di Pulau Ketam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS

KLANG – Seorang kru kapal kargo dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam laut di kedudukan 17.2 batu nautika barat daya Pulau Ketam, semalam.

Yang Kai Kai, 29, warga China disedari hilang pukul 8.30 malam dan disahkan oleh nakhoda kapal itu.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor, Mohammad Rosli Kassim berkata, berdasarkan siasatan awal kapal tersebut dalam pelayaran ke Brazil dari Hong Kong dengan melalui perairan Selat Melaka.

Katanya, pihaknya yang menerima maklumat pukul 9.30 malam daripada Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru segera mengaktifkan Operasi Mencari dan Menyelamat (Carilamat).

“Mangsa disyaki terjatuh ke dalam laut tanpa memakai jaket keselamatan,” jelasnya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, operasi tersebut menggunakan beberapa aset APMM termasuk bot Penggalang 31 dan helikopter AS365N3 Dauphin.

Ujar Mohammad Rosli, turut terlihat dalam Carilamat adalah aset Pasukan Polis Marin (PPM) iaitu PC32 dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Bot RHIB3.

“Pencarian dibahagikan kepada empat sektor merangkumi keluasan 182 batu nautika persegi dari perairan One Fathom Bank (OFB) hingga ke Beting Angsa di sini.

“Operasi akan diteruskan sehingga mangsa berjaya ditemui,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI