fbpx

Tangga Haiku mungkin bakal dirobohkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemandangan dari atas Tangga Haiku merupakan pemandangan paling cantik di Hawaii. - CNN

HONOLULU, Hawaii – Tarikan pelancongan popular di Hawaii, Tangga Haiku yang juga digelar ‘Tangga Ke Syurga’ dijangka dirobohkan tahun depan susulan mesyuarat Majlis Bandar Raya  Honolulu yang  membincangkan isu berkaitan tapak tersebut, lapor stesen penyiaran CNN semalam.

Tangga sepanjang 3,992 anak tangga itu dibina di atas sebuah gunung setinggi 853 meter di Kaneohe, timur Oahu. 

Ia pada asalnya dibina oleh tentera laut Amerika Syarikat (AS) pada tahun 1940-an.

Tangga tersebut mencapai puncak pada ketinggian terdapat  awan. Lokasi itu menawarkan  pemandangan paling cantik di Hawaii.

Pada 1987, orang awam dilarang sama sekali untuk menaiki tangga tersebut.

Namun, larangan itu tidak menghalang pendaki, pesohor media sosial YouTube dan mereka yang sukakan cabaran untuk mencuri masuk ke kawasan tersebut.

Sebelum ini, terdapat beberapa kecederaan yang dikaitkan dengan Tangga Haiku.

Terbaharu, pada April lalu, seorang lelaki berusia 24 tahun mengalami kecederaan selepas memanjat anak tangga itu dan terpaksa diterbangkan keluar daripada kawasan tersebut.

“Akibat pencerobohan secara haram, Tangga Haiku merupakan tanggungjawab dan perbelanjaan besar bagi bandar ini dan memberi kesan kepada kualiti hidup penduduk tempatan,” kata anggota majlis bandar raya itu, Esther Kiaʻat.

Pada 8 September lalu, Majlis Bandar Raya  Honolulu sebulat suara memutuskan untuk merobohkan tangga itu buat selamanya.

Usul itu kemudian dihantar kepada Datuk Bandar Honolulu, Rick Blangiardi.

Ketika ini, mereka yang menceroboh Tangga Haiku akan dikenakan denda maksimum berjumlah AS$1,000 (RM4,170). – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI