fbpx

‘Rambut’ mayat keluar dari kubur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan ‘rambut’ tersebut yang ditemui di sebuah kubur berusia 100 tahun. - Jam Press Vid/@kaitlynnerbeznik

SACRAMENTO, CALIFORNIA – Sebuah video menjadi tular di media sosial apabila  memaparkan objek didakwa rambut manusia  kelihatan seperti tersepit pada batu nisan sebuah kubur berusia 100 tahun di California, lapor akhbar The Sun semalam.

‘Rambut’ yang ditemui oleh Joel Morrison, 37, itu dikatakan tersepit pada batu kubur dengan sebahagian daripadanya menjalar di  atas tanah.

Menurut Morrison, dia pada awalnya tidak dapat memastikan sama ada objek tersebut adalah rambut sebenar.

“Bagaimanapun, selepas diperiksa, saya mendapati ia sememangnya rambut manusia yang keluar dari dalam kubur tersebut,” katanya.

Video itu dimuat naik di TikTok dengan ramai netizen cuba membuat spekulasi masing-masing mengenai kejadian luar biasa itu.

“Keadaan seperti ini boleh berlaku terutamanya selepas banjir besar atau hujan. Ia boleh membuatkan mayat di dalam kubur terapung ke atas,” kata seorang pengguna.

“Mungkin mereka mengebumikan mayat berhampiran pokok. Seorang petugas pengebumian pernah memberitahu bahawa jangan tanam mayat dekat dengan pokok bagi mengelakkan perkara sebegini daripada berlaku,” komen seorang netizen.

Morrison  kembali ke kawasan perkuburan tersebut beberapa hari kemudian dan mendapati ‘rambut’ itu telah hilang.

“Apabila kubur itu terbuka akibat tekanan akar pokok, haiwan-haiwan seperti tupai dan tikus bebas untuk masuk dan keluar. Mungkin ia cuba untuk membuat sarang pada rambut manusia,” ujarnya.

Tambah Morrison, dia merancang untuk mengambil sampel rambut tersebut untuk diuji bagi mengesahkan sama ada ia adalah rambut manusia. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN