fbpx

Tidak sempat jual 654 bungkus air ketum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bungkusan berisi air ketum dirampas dalam serbuan di Kampung Manggis, Butterworth semalam.

SEBERANG PERAI – Satu sindiket memproses air ketum tidak sempat menjual sebanyak 654 bungkus minuman itu selepas polis melakukan serbuan di sebuah premis di Kampung Manggis, Butterworth di sini semalam.

Dalam operasi kira-kira pukul 9 malam oleh Balai Polis Sungai Dua itu, tiga lelaki berusia 28 hingga 47 tahun yang disyaki terlibat dalam kegiatan penjualan air ketum turut ditahan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, pada operasi itu, pihaknya merampas sebanyak enam tong berwarna jingga berisi 654 bungkus plastik lutsinar berikat getah diayaki air ketum.

“Selain itu, tiga bungkusan plastik hitam (besar) yang mengandungi daun ketum seberat kira-kira 15 kilogram turut dirampas dengan nilai keseluruhan rampasan adalah RM1,785.

“Peralatan memasak air ketum seperti periuk, dapur dan tong gas turut dirampas,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Noorzainy berkata, ujian saringan air kencing mendapati dua suspek positif dadah jenis morfin, manakala seorang lagi positif methamphetamine.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI