PUTRAJAYA – Sebanyak 17,577 kes baharu dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 2,067,327 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Sarawak merekodkan sebanyak 3,480 kes, diikuti oleh Selangor (2,646 kes) dan Johor (2,334 kes).
“Perak (1,596 kes), Sabah (1,533 kes), Pulau Pinang (1,462 kes), Kedah (1,173 kes), Kelantan (869 kes), Pahang (832 kes), Terengganu (719 kes), Kuala Lumpur (366 kes), Melaka (287 kes) dan Negeri Sembilan (198 kes).
“Perlis (41 kes), Putrajaya (31 kes) dan Labuan (10 kes),” katanya pada Twitter di sini hari ini. -K!ONLINE