fbpx

Pelajar berusia 16,17 tahun di Pahang divaksin Isnin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAMAI pelajar yang akan menduduki peperiksaan utama mahu agar sekolah kembali dibuka untuk sesi pembelajaran secara bersemuka terutama di negeri-negeri yang telah beralih kepada Fasa Kedua PPN.

KUANTAN – Jabatan Kesihatan Negeri Pahang akan mula melaksanakan proses vaksinasi Covid-19 membabitkan pelajar sekolah berusia 16 dan 17 tahun bermula Isnin ini.

Pengarah Kesihatan Pahang, Datuk Dr. Azimi Yunus berkata, pihaknya kini sedang membuat penyelarasan bersama Jabatan Pendidikan negeri bagi tujuan itu.

“Bagaimanapunm proses vaksinasi Covid-19 untuk golongan remaja yang mempunyai penyakit sudah pun berjalan sejak Rabu lalu membabitkan lima buah hospital kerajaan di negeri ini.

“Hospital terbabit adalah Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh, Hospital Lipis, Hospital Pekan dan Hospital Bentong,”katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Dr. Azimi berkata, setakat ini sebanyak 81.7 peratus atau kira-kira 960,126 penduduk dewasa di Pahang telah menerima suntikan sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Katanya, daripada jumlah itu seramai 691,258 atau 58.8 peratus telah menerima dua dos suntikan vaksin manakala 26,048 penduduk yang berdaftar masih dalam senarai menunggu.

Bagaimanapun katanya setakat ini masih terdapat seramai 189,626 orang atau 16.1 peratus penduduk dewasa yang masih belum berdaftar. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI