fbpx

Sekelip mata tercampak atas jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
R. Kalaiarasi mangsa yang terselamat dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Sungai Palas ketika ditemui di Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Cameron Highlands semalam

CAMERON HIGHLAND – Anak mangsa yang maut terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Sungai Palas di sini semalam mendakwa, mendengar bunyi dentuman kuat sebelum mendapati dirinya berada di atas jalan di luar rumah.

R. Kalaiarasi, 28, berkata, kejadian itu berlaku sekelip mata ketika dia berada di dalam bilik manakala kakak dan ibunya pula sedang tidur di ruang tamu.

“Ketika hampir terlena, saya terdengar bunyi dentuman kuat seperti guruh dan apabila buka sahaja mata, sedar-sedar saya sudah berada di atas jalan dengan sebahagian kaki ditimbus tanah.

“Saya tarik kaki yang tersangkut ditimpa barang sambil menangis dan menjerit memanggil emak, tetapi tiada sahutan, sebaliknya kakak yang berada di bawah saya yang menyahut.

“Saya bantu kakak untuk bangun dan kami segera berlari keluar ke tempat yang selamat kerana runtuhan tanah masih berlaku,” katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Hajjah Kalsom di sini semalam.

Menurut guru tadika itu, runtuhan tanah tersebut telah meranapkan hampir keseluruhan rumah keluarganya sekali gus menolak mereka hingga ke halaman rumah.

Katanya, kejadian berlaku ketika hujan lebat di mana hanya mereka bertiga sahaja di dalam rumah selepas bapanya keluar menyambung tugas sebagai pemandu teksi.

“Saya segera mencari bantuan dengan menahan sebuah kereta pelancong yang kebetulan melalui kawasan berhampiran untuk meminjam telefon bimbit dan menghubungi suami kakak.

“Seorang pekerja kebun warga Bangladesh yang menyedari kejadian itu juga berlari ke jalan utama untuk meminta pertolongan orang ramai,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI