fbpx

Ducati Malaysia lancar Multistrada V4

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JASMY (tengah) pada majlis pelancaran model baharu Ducati Malaysia.

PETALING JAYA – Ducati Malaysia melancarkan model Multistrada V4 dan V4S untuk pasaran negara ini dengan harga­ bermula RM135,900.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan bersempena majlis pelancaran tersebut, model terbaharu itu hadir dengan kapasiti enjin 1,158 cc dan transmisi enam kelajuan.
Gabungan tesebut mampu menghasilkan 170 hp pada 10,500 rpm dan tork maksimum 125Nm pada 8,750 rpm.

“Dua pilihan warna ditawarkan untuk motosikal touring itu seperti Ducati Red (merah) dan Aviator Grey (kelabu).

“Ia menggunakan rim bersaiz 17 inci pada roda belakang, manakala roda depan menggunakan saiz 19 inci,” katanya.

Majlis pelancaran  telah disempurnakan Pengerusi Kumpulan Naza Automotive, Datuk Jasmy Ismail semalam.

Model tersebut menawarkan empat mod seperti Sport, Tou­ring, Urban dan Enduro.

“Sistem brek jenama Brembo­ dengan kaliper 4-piston dipasang dibahagian depan, manakala kaliper 2-piston di bahagian belakang hadir dengan ABS.

“Selain itu, model ini juga lengkap dengan sistem radar bagi mengesan kenderaan dalam titik buta,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI