fbpx

2 unit kedai musnah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua unit kedai musnah dalam kebakaran di Arked Majlis Pasir Besar, di sini, petang tadi. /FOTO IHSAN BOMBA

TAMPIN – Dua unit kedai musnah dalam kebakaran di Arked Majlis Pasir Besar, di sini petang tadi.

Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gemas dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kira-kira pukul 4.36 petang.

Menurut Ketua BBP Gemas, Mohd. Farid Abu Bakar, pihaknya tiba di lokasi pada pukul 4.51 petang dan mendapati kebakaran membabitkan butik andaman serta kedai menggunting rambut.

“Butik andaman dianggarkan musnah terbakar sekitar 40 peratus, manakala kedai gunting rambut pula sekitar 15 peratus.

“Kebakaran tidak melibatkan mangsa dan api berjaya dikawal pada pukul 5 petang,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Menurutnya, dalam kebakaran berkenaan pasukan bomba dari BBP Bahau serta Pasukan Bomba Sukarela Palong 6 turut dikejarkan ke lokasi kejadian bagi membantu memadamkan kebakaran.

Operasi tamat pada pukul 5.56 petang dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih lagi dalam siasatan. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI