fbpx

Pemuda mati lemas di Tasik Cermin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bomba sedang memberikan bantuan sebelum mangsa disahkan meninggal dunia, di lokasi.

SHAH ALAM – Suasana di Tasik Cermin, Puncak Perdana di sini, gempar apabila seorang pemuda ditemui lemas di tasik itu, petang tadi.

Mayat R. Puravinraj, 19, dijumpai pukul 4.33 petang oleh pasukan bomba yang menjalankan pencarian menyeluruh di sekitar kawasan berkenaan selepas mangsa dikatakan mandi di tasik tersebut.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, seramai 12 anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Anggerik bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada pukul 4.08 petang.

“Setibanya di lokasi, operasi pencarian segera dilakukan menerusi permukaan air dan penyelaman.

Lokasi mangsa ditemui lemas.

“Mangsa kemudian berjaya ditemui pada kedalaman empat meter pukul 4.33 petang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, lelaki itu ditemukan pihaknya dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) cawangan Meru, Klang.

“Mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya. -K!ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI