fbpx

Foto disunting, Andrew Garfield tak sertai filem baharu Spider-Man

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANDREW (tengah) menangkis desas-desus mengatakan dia dan Tobey Maguire (kiri) akan membuat kemunculan dalam filem Marvel yang dinanti ramai, Spider-Man: No Way Home lakonan Tom Holland (kanan).

“SAYA ada dengar tentangnya. Saya dah tengok dan itu telah di-‘photoshopped’ (disunting).”

Itu respons pelakon yang pernah menjayakan watak adiwira, Spider-Man, Andrew Garfield sekali gus menangkis desas-desus bertebaran mengatakan dirinya dan Tobey Maguire akan membuat kemunculan dalam filem Marvel yang dinanti ramai, Spider-Man: No Way Home.

Khabar angin tersebut mula menjadi perbualan dalam kalangan peminat apabila video pendek tanpa suara Andrew sedang menjalani penggambaran tular menerusi Twitter dan membuatkan peminat teruja.

Perkara itu tidak mustahil memandangkan filem Spider-Man kali ini akan bergalaksikan multiverse (alam berbilang) yang turut membawa semula ‘villain’ atau penjahat daripada filem Spider-Man terdahulu seperti Doctor Octopus.

Biarpun menafikan perkara tersebut, Andrew atau nama sebenarnya, Andrew Russell Garfield, 38, bagaimanapun memaklumkan bahawa dia sudah menonton trailer Spider-Man: No Way Home dan sangat kagum dengan kualiti dipamerkan.

“Dah tengok dan saya sangat kagum. Saya rasa Tom Holland memang Peter Parker yang sempurna dan saya sangat-sangat tidak sabar untuk menonton,” katanya menerusi satu panggilan video bersama pengacara Jimmy Fallon dalam program bual bicara, The Tonight Show.

Andrew pernah menjayakan karakter Peter Parker menerusi dua filem arahan sutradara, Marc Webb iaitu The Amazing Spider-Man (2012) dan The Amazing Spider-Man 2 (2014).

Spider-Man: No Way Home lakonan Tom Holland dan Zendaya akan ditayangkan di pawagam Disember depan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI