fbpx

Md Rayhan Kabir dihantar pulang malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rayhan Kabir.

Oleh SAIRUL ZAMRI MISRANI

KUALA LUMPUR – Lelaki warga Bangladesh, Md. Rayhan Kabir yang ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan dihantar pulang ke negara asalnya malam ini tanpa sebarang pemdakwaan.

Lelaki kontroversi itu dijangka dihantar oleh pasukan pengusiran ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 9 malam ini.

Terdahulu, Md. Rayhan ditahan ketika bersembunyi di sebuah kondominium di Jalan Pahang, di sini 4 Julai lalu.

Sebelum ini, JIM memohon bantuan orang ramai bagi mengesan Md. Rayhan untuk membantu siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63.

Pada 3 Julai lalu, Al Jazeera menyiarkan dokumentari berjudul Locked Up in Malaysia’s Lockdown dengan Md. Rayhan dilihat mengkritik kerajaan Malaysia dan mendakwa wujud diskriminasi dalam mengendali kes Covid-19 membabitkan warga asing. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI