fbpx

Polis turun padang beri penerangan fasa PPN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Halim (kanan) ketika meninjau proses pematuhan SOP semasa program outreach di Pasar Awam Bukit Mertajam, hari ini.

SEBERANG PERAI – Masyarakat khususnya penduduk setempat perlu diberikan penerangan yang tepat mengenai apa yang boleh serta tidak boleh dilakukan ketika beberapa negeri termasuk Pulau Pinang mula memasuki fasa peralihan yang berbeza dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) ketika ini.

Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, Asisten Komisioner Muhammad Halim Yatim berkata, ini bagi mengelakkan berlakunya kekeliruan serta perlanggaran prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan secara berterusan semasa proses peralihan itu.

“Jadi, buat permulaan ini, kita (polis) banyak berikan nasihat dan sebagainya.

“Dalam hal ini, kita kena didik dan beri maklumat secukupnya (kepada masyarakat) terlebih dahulu sebelum sebarang penguatkuasaan lebih tegas dibuat selepas ini,” katanya kepada Kosmo! ketika ditemui semasa program turun padang bertemu masyarakat di sekitar Bukit Mertajam, hari ini.

Hadir mengiringi beliau ialah Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad dan wakil Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti negeri, Asisten Komisioner Tan Cheng San.

Antara lokasi tinjauan pematuhan SOP itu termasuk di Pasar Awam Bukit Mertajam, Empangan Mengkuang serta pasar raya Sunway Carnival di Seberang Jaya di sini.

Dalam pada itu, Muhammad Halim memberitahu, kaedah penerangan awal atau nasihat kepada orang ramai apabila berlakunya peralihan fasa PPN penting bagi mengelakkan berlaku ‘kejutan budaya’ dalam kalangan masyarakat.

Hal ini demikian kerana katanya, SOP yang dikeluarkan oleh setiap pihak berkuasa tempatan (PBT) khususnya tidak sama di sesuatu kawasan itu. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI