fbpx

SK Penderas dijadikan PKRC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAHDZIR Khalid (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan barangan keperluan kepada wakil masyarakat Orang Asli di Kampung Penderas di Kuala Krau hari ini.

TEMERLOH – Sekolah Kebangsaan (SK) Penderas di Kuala Krau di sini dijadikan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) khusus untuk masyarakat orang asli di sekitar kawasan berkenaan.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, PKRC terbabit mampu menempatkan kira-kira 500 pesakit dalam satu masa termasuk di asrama dan kelas yang diubah suai.

“PKRC di sekolah ini mula dibuka sejak semalam (Rabu) dan kini menempatkan 184 orang asli yang dijangkiti Covid-19 malah lebih ramai pesakit akan dipindahkan ke sini petang ini,”katanya dalam sidang akhbar selepas meninjau PKRC terbabit di sini hari ini.

Yang hadir sama, Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ismail Mohamed Said, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Bandar, Datuk Dr. Jailani Muhamed dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa), Sapiah Mohd Nor.

Sejumlah 1,133 masyarakat Orang Asli di sepuluh buah perkampungan sekitar Kuala Krau dijangkiti Covid-19 dengan merekodkan empat kematian.

Perkampungan Orang Asli Kg. Penderas dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 12 hingga 25 September selepas 120 penduduk Orang Asli dijangkiti wabak itu.

Menurut Mahdzir berkata, pembukaan pusat kuarantin khas untuk Orang Asli itu mendapat kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Pahang dan dikelolakan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan Jakoa.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Mahdzir berkata, sejumlah 134,494 masyarakat Orang Asli sudah menerima vaksin dan daripada jumlah itu, 77,970 orang telah menerima dos pertama manakala 50,734 orang telah lengkap kedua-dua dos.

“Selain itu seramai 5,790 individu Orang Asli telah menerima vaksin jenis CanSino, baki yang masih belum divaksin sedang diusahakan untuk menerima vaksin secepat mungkin,”ujarnya. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI