fbpx

Pengendali sukan tak sanggup lagi tanggung rugi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nadzry melakukan pemeriksaan jaring gol padang syarikatnya di Radia Arena, Shah Alam, hari ini.

SHAH ALAM – Cadangan pembukaan semula sektor industri sukan termasuk fasiliti sukan dalam masa terdekat ibarat ‘penyambung nyawa’ kepada pengendalinya yang telah tenat menanggung kerugian sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0, Mac tahun lalu.

Pengarah Eksekutif Arena Legacy Sdn. Bhd. (Arena Legacy), Nadzry Abu Bakar, 41, memberitahu dia menanggung kerugian hampir RM4 juta bagi menampung pelbagai kos operasi di lima buah padang syarikatnya di Bukit Jelutong, Shah Alam dan Sungai Buloh dalam tempoh terbabit.

Katanya, antara kos itu termasuk penyelenggaraan padang, lampu limpah serta gaji 10 pekerjanya.

“80 peratus pendapatan syarikat adalah daripada hasil sewa padang serta penganjuran pertandingan bola sepak daripada orang awam.

“Setiap gaji pekerja dibayar dan tidak dipotong setiap bulan sebelum ini kecuali Julai lalu kerana wang simpanan syarikat telah habis,” katanya ketika ditemui di Radia Arena, Shah Alam, baru-baru ini.

Selasa lalu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu ketika sesi Dewan Rakyat memaklumkan pusat gimnasium dan fasiliti sukan serta rekreasi komersial tertutup (indoor) akan kembali dibenarkan beroperasi tidak lama lagi.

Cadangan prosedur operasi standard (SOP) juga telah disampaikan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kepada Kementerian Kesihatan (KKM).

Bagi pemilik pusat gimnasium, Wan Muhammad terpaksa memberhentikan lima orang pekerja demi kesinambungan operasinya bagi mengelakkan gulung tikar seperti rakan-rakannya lain.

“Memang tidak sanggup lagi tanggung rugi selepas kehilangan hampir RM10,000 sebulan dan ia bukan satu jumlah sedikit dengan langkah drastik perlu dilakukan termasuk pemberhentian pekerja.

“Apa yang boleh lakukan ketika ini adalah mengadakan kelas senaman ke rumah pelanggan sementara menunggu gimnasium dibenarkan buka semula,” ujarnya. – K!ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI