fbpx

Warga asing ditahan cabul remaja lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek warga asing ditahan di Jalan Baru di Balik Pulau semalam.

BALIK PULAU – Seorang lelaki warga asing ditahan polis semalam selepas didakwa memegang kemaluan seorang remaja lelaki di kawasan kebun sayur di belakang rumahnya di sini.

Suspek berusia 23 tahun itu ditahan di Jalan Baru di sini kira-kira pukul 12.10 tengah malam selepas polis menerima laporan daripada mangsa.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, mangsa berusia 18 tahun itu telah diperdaya oleh suspek supaya pergi ke rumahnya kira-kira pukul 11 pagi kelmarin untuk membuat pembayaran berhubung jual beli ikan yang dipancing mangsa.

“Siasatan mendapati, suspek telah memegang pergelangan tangan mangsa dan dia turut menyelak kain pelikat yang dipakainya.

“Suspek telah memasukkan tangannya ke dalam seluar mangsa sehingga tangannya mengenai kemaluan remaja itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(3)Akta Imigresen 1963. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI