fbpx

Rubiah Suparman mohon urusan permit pekerja asing dipermudahkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rubiah memohon dan merayu pihak berwajib supaya memudahkan urusannya untuk mendapatkan kelulusan permit pekerja asing demi kelangsungan perniagaan restoran yang diusahakannya selama 20 tahun itu.

PETALING JAYA – Seniwati veteran Rubiah Suparman memohon dan merayu pihak berwajib supaya memudahkan urusannya untuk mendapatkan kelulusan permit pekerja asing supaya dia boleh meneruskan kelangsungan perniagaan restoran yang diusahakannya.

Rubiah, 74, ketika dihubungi Kosmo! Online memberitahu, dia telah berurusan dengan pihak Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Imigresen Malaysia dan Kementerian Sumber Manusia untuk permohonan mendapatkan pekerja dan permit bagi pekerja asing, namun masih tidak menemui jalan penyelesaian.

“Saya telah pergi ke pihak berwajib di Putrajaya sejak dua bulan lalu untuk memohon permit pekerja asing. Tetapi sehingga sekarang masih belum selesai.

“Saya juga diberi nombor telefon jabatan yang perlu dihubungi, tetapi panggilan saya tidak dijawab. Saya tidak mahu melanggar undang-undang dengan menggaji pekerja tanpa permit, tetapi urusan saya dipersulitkan,” ujarnya.

Kata pelakon kelahiran Singapura itu lagi, dia boleh sahaja menggunakan khidmat ‘orang tengah’ atau ejen pekerja asing, namun pernah ‘terkena’ sehingga mengalami kerugian membabitkan berpuluh-puluh ribu ringgit.

“Lagipun saya perlu membayar sebanyak RM1,000 seorang untuk mendapatkan kelulusan sahaja. Di waktu-waktu sukar sebegini, saya memang tidak mampu,” katanya.

Dalam pada itu, pelakon yang pernah membintangi filem Bila Hati Telah Retak itu berkata, dia kini mengalami kesukaran untuk menguruskan perniagaan Restoran Puteri yang terletak di Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) kerana tidak mempunyai pekerja yang cukup.

Sebelum ini, Rubiah mempunyai 10 orang pekerja, namun enam daripada mereka telah pulang ke negara asal selepas permit tamat tempoh.

“Jadi sekarang saya mahukan pekerja baharu dan memerlukan kelulusan permit untuk ambil pekerja. Saya mahu pekerja saya ada permit. Tidak mengapa jika saya perlu bayar setiap bulan.

“Dokumen yang dikehendaki semuanya sudah lengkap, tapi sehingga sekarang tiada responds,” katanya yang memerlukan quota pekerja antara lima sehingga 10 orang.

Berpengalaman berniaga restoran selama lebih 30 tahun, Rubiah bukan tidak mahu menggaji pekerja tempatan, namun ramai dalam kalangan mereka tidak bertahan lama dan hanya bekerja selama beberapa bulan sahaja.

“Saya mahu berniaga dan mencari rezeki halal dengan cara yang betul. Itu sahaja,” katanya.

Terdahulu, Rubiah mempunyai sebuah lagi cawangan restoran di Brickfield yang diusahakan bersama rakan kongsi iaitu penulis lirik terkenal, Datuk Habsah Hassan.

Bagaimanapun restoran yang diusahakan sejak tahun 1984 itu terpaksa ditutup kerana tidak mampu lagi untuk beroperasi sejak negara dilanda pandemik Covid-19. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI