fbpx

12 individu dikompaun tanpa permit ke Genting Highlands

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA polis melakukan pemeriksaan kenderaan yang memasuki Genting Highlands di Kilometer 17 Check Point Genting Highlands di Bentong semalam.

BENTONG – Seramai 12 individu yang dipercayai mahu bersiar-siar dan membeli belah di Genting Highlands terpaksa berputih mata apabila mereka dikenakan kompaun masing-masing RM5,000 kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, kesemua individu berusia 20 hingga 58 tahun itu didapati gagal mengemukakan permit rentas negeri yang sah daripada polis.

“Kesemua individu dikesan semasa sepasukan pegawai dan anggota polis Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong membuat pemantauan Ops Covid-19 di Kilometer 17 Check Point Kee Sang Genting Highlands semalam.

“Kesemua yang dikompaun dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Genting Highlands yang terdiri daripada 10 lelaki dan dua wanita berusia antara 20 hingga 58 tahun,”katanya di sini hari ini.

Menurut Zaiham kompaun dikeluarkan di bawah Peraturan 17 (1) Akta Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPDPPB) 2021 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan kompaun sebanyak RM5,000.

Dalam pada itu beliau berkata, polis akan melakukan pemanntauan berterusan dan mengenakan tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang masih gagal mematuhi SOP ditetapkan.

“Tindakan tegas akan diambil ke atas individu yang masih gagal mematuhi SOP dan mengambil mudah SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara.

“Saya juga menyeru orang ramai berganding bahu bersama bagi mengikut SOP yang ditetapkan agar rantaian pandemik Covid-19 berjaya diputuskan,”ujarnya.- K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI