fbpx

Selamat Hari ATM ke-88 – Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seri Paduka Baginda mendoakan semoga ATM terus menjadi sebuah angkatan yang disegani dan dihormati di persada antarabangsa.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Angkatan Tentera Malaysia ke-88 kepada seluruh warga angkatan tentera, para veteran angkatan tentera dan semua yang pernah berkhidmat bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Istana Negara dalam kenyataannya di Facebook berkata, selaku pemerintah tertinggi ATM, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah amat menyanjung tinggi dan merakamkan setinggi penghargaan di atas jasa, khidmat bakti dan pergorbanan yang dicurahkan oleh seluruh warga dan bekas anggotanya dalam melindungi kedaulatan dan keselamatan negara.

“Seri Paduka Baginda turut menzahirkan setinggi penghargaan kepada para anggota ATM khususnya yang bertugas di barisan hadapan yang telah bertungkus-lumus mengorbankan masa dan tenaga dalam membantu kerajaan membendung penularan wabak Covid-19 sejak awal tahun ini.

“Seri Paduka Baginda mendoakan semoga ATM terus menjadi sebuah angkatan yang disegani dan dihormati di persada antarabangsa. Syabas dan tahniah,” katanya hari ini. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI