fbpx

Lizzy pernah disuruh bunuh diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIZZY

SELEPAS beberapa bulan kontroversi kejadian memandu bawah pengaruh alkohol membabitkan dirinya berlalu, penyanyi Lizzy tampil berani meluahkan kekesalan dan membuat permohonan maaf menerusi Instagram Live baru-baru ini.

Dalam siaran langsung berkenaan, dia meminta maaf atas semua yang berlaku kerana telah mengecewakan ramai orang meskipun berasakan perbuatan tersebut tidak memberikan apa-apa hasil kepadanya.

Ketika bercakap mengenai insiden tersebut, bekas anggota kumpulan After School itu gagal menahan air matanya daripada keluar.

“Mangsa tidak mengalami kecederaan yang serius tetapi laporan mengatakan sebaliknya. Sepertinya mereka mahu membuatkan seseorang dibunuh.

“Dalam hidup, sekurang-kurangnya manusia akan mengalami satu derita dan saya rasa ini adalah waktu saya. Ada sesetengahnya yang meminta saya bunuh diri,” dedahnya tentang penerimaan komen jahat yang pernah ditujukan netizen kepada dirinya.

Mengakui kesilapan sendiri, Lizzy sempat meminta maaf atas salah lakunya sebelum mengakhiri sesi siaran langsung tersebut.

“Saya bersalah dan sebagai pesalah, saya benar-benar meminta maaf. Sebab itu saya buat siaran langsung. Sudah cukup. Hidup saya sudah berakhir,” kata Lizzy yang terlibat dalam kes kemalangan melibatkan sebuah teksi di Cheongdamdong, Seoul pada Mei lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI