fbpx

Jabatan Peguam Negara bantah permohonan Rumah Bonda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Jabatan Peguam Negara membantah permohonan kebenaran semakan kehakiman terhadap Pertubuhan Kebajikan Rumah Bonda Kuala Lumpur.

Ia susulan Tindakan Lak (sita) yang dikeluarkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan terhadap rumah itu selepas dakwaan berlaku penderaan seorang remaja Sindrom Down berusia 13 tahun.

Perkara itu dimaklumkan Peguam Kanan Persekutuan Nur Idayu Amir selepas prosiding pendengaran permohonan kebenaran semakan kehakiman di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ahmad Kamal Md. Shahid secara dalam talian.

Menurut Nur Idayu, bantahan itu dibuat kerana pemohon (Rumah Bonda) sepatutnya merayu kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam tempoh 30 hari selepas Tindakan Lak, mengikut Seksyen 22 Akta Pusat Jagaan 1993 dan bukan terus memfailkan semakan kehakiman ke mahkamah.

“Pemohon tidak layak memohon perintah mandamus kerana permohonan itu (semakan kehakiman) tidak memenuhi Seksyen 44 Akta Relief Spesifik 1950,” katanya.

Justeru menurut peguam itu, mahkamah kemudian menetapkan 15 November ini untuk memberi keputusan mengenai kebenaran semakan kehakiman tersebut.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI