fbpx

Sindiket judi online semakin ‘kreatif’ pengaruhi penduduk kampung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kegiatan judi online didakwa semakin menular dalam kalangan penduduk kampung.

ALOR SETAR – Sindiket judi online dilihat semakin ‘kreatif’ untuk mempengaruhi penduduk kampung menerusi ejen-ejen yang diupah untuk menyediakan tambah nilai wang pertaruhan secara bergerak.

Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, hampir setiap hari polis di negeri ini melakukan tangkapan dan rampasan berkaitan kegiatan judi online.

“Perkara ini sukar dibendung kerana kebanyakkan mereka semakin kreatif bagi meneruskan kegiatan ini tanpa dikesan pihak berkuasa.

“Taktik dahulu seperti berselindung di sebalik premis lebih memudahkan pihak polis untuk intip, serbu dan lakukan tangkapan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kata beliau, keadaan itu pada masa ini berbeza apabila ejen-ejen sudah mula masuk kampung untuk tawarkan tambah nilai kepada kaki judi.

Tambahnya, pihak polis amat mengalu-alukan maklumat daripada orang awam untuk terus mencegah kegiatan tersebut

Kosmo! hari ini melaporkan kegiatan judi online semakin menular di kawasan kampung sehingga menyebabkan mereka sanggup meminjam ah long dan menggunakan i-Citra. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI