fbpx

Empat sekawan tak sempat lepas gian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Empat sekawan dicekup kerana dadah.

Oleh MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS

KLANG – Hasrat empat sekawan melepaskan gian menghisap dadah tidak kesampaian apabila dicekup
polis dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Pekan Baru di sini semalam.

Kesemua suspek termasuk seorang wanita berusia 31 hingga 53 tahun diberkas pukul 10.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd. Salleh berkata, siasatan awal mendapati mereka baharu sahaja membeli sepeket dadah disyaki syabu seberat 0.2 gram dengan harga RM50.

Katanya, semasa serbuan mereka dilakukan mereka didapati tidak sempat menghisap dadah tersebut.

“Kita turut menemui sebotol plastik yang telah diubahsuai menjadi alat menghisap dadah.

“Selain itu, berdasarkan kuantiti dadah tersebut didapati hanya untuk kegunaan mereka sahaja,” katanya ketika dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelas beliau, kesemua suspek kini disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI