fbpx

Enam beranak tidur tepi dapur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Ayub melihat isteri dan anak-anaknya ketika ditemui di rumahnya di Gua Musang semalam.

GUA MUSANG – Enam beranak terpaksa menjadikan ruangan dapur sebuah rumah usang di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Chalil di sini sebagai tempat berteduh selepas tidak mampu membayar sewa rumah sejak setahun lalu.

Muhammad Ayub Abd. Hamed, 34, dan isterinya, Hazmalhani Mohd. Noor, 35, tinggal bersama empat anak mereka berusia tiga hingga 11 tahun selepas tiada pilihan lain sehingga memilih untuk tinggal di rumah bapanya yang hampir runtuh itu.

Menurut Muhammad Ayub, dia tidak boleh membuat kerja berat kerana kaki kirinya membengkak seakan kaki gajah selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya sembilan tahun lalu.
Katanya, setiap malam dia akan menghampar tilam dan tidur di kawasan ruangan dapur itu bersama semua ahli keluarga­nya.

“Sebelum ini saya merupakan pekerja luar pesisir (offshore) di Singapura. Kaki kiri saya cedera akibat digilis lori sehingga perlu menjalani pembedahan.

“Kesan kemalangan itu menyebabkan kaki semakin bengkak sehingga lebih dua kilogram dan tidak boleh bekerja lagi. Kini, saya hanya mengambil upah sebagai tukang rumah dan melakukan kerja ringan sahaja,” katanya ketika ditemui di rumahnya di RKT Kesedar Chalil semalam.

Muhammad Ayub berkata, rumah milik bapanya itu dibina le­bih 40 tahun lalu dan lantai papan di bilik tidur itu semakin reput menunggu masa runtuh.

Katanya, apabila cuaca hujan, atap ruangan dapur yang menjadi tempat tinggal mereka turut bocor hingga terpaksa mencari tempat lain untuk tidur.

“Saya ada terima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat RM450 sebulan,” ujarnya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Paloh, Amran Arifin ketika dihubungi berkata, pihaknya akan turun padang memberi bantuan sewajarnya kepada keluarga itu.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun Bank Maybank Muhammad Ayub Abd. Hamed, 101013218191 atau hubungi 017-977 9015.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI