fbpx

33 pasar malam dibuka mulai Isnin depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KLANG – Sebanyak 33 pasar malam di sekitar daerah ini akan dibuka dan beroperasi secara berperingkat mulai Isnin depan.

Majlis Perbandaran Klang (MPK) berkata, semua pasar itu dibenarkan untuk beroperasi dalam tempoh Program Pemulihan Negara (PPN) Fasa Dua.

“Peniaga dan pelanggan yang ingin memanfaatkan kemudahan itu wajib lengkap vaksinasi daripada tarikh suntikan kedua yang ditetapkan.

“Waktu operasi bagi semua pasar malam itu adalah antara pukul 5 petang hingga 10 malam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pasar malam yang akan dibuka pada Isnin depan melibatkan lokasi di Bandar Sultan Suleiman dan Taman Kandis Permai kemudian disusuli pembukaan 22 pasar malam pada Selasa hingga Jumaat depan antaranya di sekitar Kapar dan Meru.

Manakala, sembilan lagi pasar malam termasuk di kawasan Pulau Indah akan dibuka pada 25 dan 26 September depan. -K!ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI