fbpx

Sekatan jalan raya di Perak kekal, fokus kawalan sempadan negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah satu pos sekatan jalan raya polis di Seri Iskandar, Perak. - Gambar hiasan

TELUK INTAN – Sekatan jalan raya (SJR) di lokasi sedia ada di semua daerah negeri ini dikekalkan dengan fokus kawalan di sempadan keluar dan masuk ke Perak.

Justeru, tiada keputusan untuk menutup kesemua 58 SJR kerana Perak masih berada dalam Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) di mana pergerakan rentas daerah dan negeri masih tidak dibenarkan.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, kegiatan rentas daerah hanya kepada mereka yang telah menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19.

Menurut beliau, ketika ini di Perak masih belum sampai pada satu peringkat yang memuaskan (lengkap dua dos).

“Jadi apabila melalui SJR, kita perlu periksa kesahihan untuk memastikan betul atau tidak mereka telah lengkap divaksin.

“Oleh itu semua 58 SJR dikekalkan terutama di kawasan bersempadan negeri lain sehinggalah satu keputusan dibuat kerajaan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak di sini hari ini.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI