fbpx

Lagi bahan tercemar dalam vaksin ditemui di Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang warga emas menerima suntikan vaksin Pfizer di pusat vaksinasi di Kobe pada 25 Mei lalu. - Kyodo

TOKYO – Pihak berkuasa tempatan Jepun mengesahkan penemuan bahan asing dalam lima bebuli vaksin Covid-19 jenis Pfizer di dua buah bandar berdekatan Tokyo dan satu di wilayah Osaka, lapor agensi berita Kyodo News semalam.

Menurut pihak berkuasa bandar Sagamihara dan Kamakura dan Sakai, bebuli vaksin yang mengandungi benda asing berwarna putih dan terapung itu adalah dari lot yang sama iaitu FF5357.

Ketiga-tiga bandar itu bagaimanapun telah meminta syarikat farmaseutikal Pfizer Inc. untuk memeriksa bahan tersebut.

Bahan tercemar itu dikesan di tiga buah pusat vaksinasi di Sagamihara antara Sabtu dan kelmarin, satu pusat vaksinasi di Kamakura pada Ahad dan satu pusat vaksinasi di Sakai kelmarin.

Petugas kesihatan bagaimanapun tidak menggunakan dos-dos yang mengandungi bahan tercemar itu, dan dalam masa sama terus memberikan vaksin dari lot sama yang disahkan tidak tercemar.

Bulan lalu, Kementerian Kesihatan Jepun telah menghentikan penggunaan sekitar 1.63 juta dos vaksin Covid-19 Moderna sebagai langkah berjaga-jaga selepas menemui banyak bahan asing di dalam bebulinya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI