fbpx

Pindaan perlu agar kerakyataan saksama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rina mengadakan sesi libat urus dengan Pesuruhjaya Kanak-Kanak SUHAKAM dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di KPWKM hari ini.

PUTRAJAYA – Pindaan terhadap Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan berhubung Perkara 14 (Kewarganegaraan melalui kuat kuasa undang-undang) perlu dilakukan sebagai tindakan jangka masa panjang agar hak kerakyatan bagi anak wanita atau lelaki warganegara Malaysia adalah saksama.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, perkara itu adalah selari dengan prinsip kesaksamaan gender dalam Perkara 8 (Kesamarataan) dalam Perlembagaan Persekutuan.

Menurut beliau, pendirian KPWKM adalah supaya prosedur dan syarat permohonan kewarganegaraan bagi anak kepada wanita warganegara yang dilahirkan di luar negara perlu sama seperti anak kepada warganegara lelaki yang dilahirkan di luar negara dengan pasangan bukan rakyat Malaysia.

Ini kerana, katanya, KPWKM memberi perhatian serius berhubung isu kewarganegaraan kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara yang berkahwin dengan warga asing.

“Isu status kewarganegaraan anak-anak yang dilahirkan di luar negara sentiasa menjadi perhatian KPWKM. Perkara 2 Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) turut menyatakan hak untuk tidak didiskriminasi.

“Perkara 7 CRC menyatakan hak untuk mendapatkan kerakyatan dan Perkara 8 CRC pula hak untuk mengekalkan identiti kanak-kanak termasuk kerakyatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau terdahulu mengadakan sesi libat urus dengan Pesuruhjaya Kanak-Kanak SUHAKAM dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk mendapatkan input agar kerajaan dapat membuat keputusan sewajarnya tanpa mengenepikan hak wanita yang berkahwin dengan warga asing.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI