fbpx

14 pengunjung Empangan Mengkuang dikompaun RM1,500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian pengunjung yang diperiksa di Empangan Mengkuang di Bukit Mertajam hari ini.

SEBERANG PERAI – Seramai 14 pengunjung dikompaun selepas didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) semasa pemeriksaan pihak berkuasa di Empangan Mengkuang, Bukit Mertajam di sini hari ini.

Difahamkan, sebanyak 11 kompaun dikeluarkan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Seberang Perai Tengah (SPT) dan tiga oleh Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) yang bernilai RM1,500 setiap satu.

Antara kesalahan yang dikesan dilakukan pengunjung termasuklah tidak memakai pelitup muka, tiada penjarakan fizikal dan tidak mematuhi SOP Fasa 2 PPN.

Wakil PKD SPT turut mengeluarkan notis penutupan selama tujuh hari di kawasan berkenaan berkuat kuasa serta-merta.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang, Datuk Ir. Jaseni Maidinsa berkata, pihaknya akan mematuhi sepenuhnya arahan (penutupan) bagi memastikan keselamatan pengunjung dan mengelakkan pemerebakan virus Covid-19.

“Pengunjung dinasihati untuk tidak pergi ke Empangan Mengkuang dalam tempoh itu. PBAPP kesal atas kesulitan orang ramai yang mahu mengunjungi dan beriadah di situ,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, pihaknya akan menutup mana-mana kawasan yang gagal mematuhi SOP. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI