fbpx

Pelancong masuk Langkawi wajib jalani ujian saringan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kerajaan memutuskan untuk mewajibkan setiap pelancong yang akan bercuti ke Pulau Langkawi bermula esok untuk menjalani ujian pengesanan Covid-19 sebelum memulakan perjalanan masing-masing.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, ujian pengesanan itu akan dilakukan ke atas individu dewasa berusia 18 tahun ke atas serta remaja dan kanak-kanak berusia 7 hingga 17 tahun.

“Bagi kanak-kanak berusia 6 tahun dan ke bawah, hanya saringan gejala akan dilakukan mengambil kira keupayaan mereka untuk mengeluarkan saliva (air liur).

“Kumpulan kanak-kanak ini mesti bersama ibu bapa atau penjaga yang telah lengkap vaksinasi, bukan kes positif atau kontak rapat kepada kes positif dan hendaklah mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari.

Khairy Jamaluddin berkata, ujian pengesanan Covid-19 yang dijalankan di lapangan terbang dan terminal feri terlibat akan dipantau dan disahkan oleh anggota kesihatan bertugas.

“Bagi mereka yang didapati negatif, mereka dibenarkan untuk meneruskan perjalanan.

“Individu yang didapati positif Covid-19, mereka tidak dibenarkan untuk meneruskan perjalanan dan akan diuruskan sebagaimana SOP pengurusan kes positif dan kontak rapat sedia ada,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Pelancongan, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, saringan Covid-19 tidak diwajibkan kepada semua pelancong yang akan mengunjungi pulau itu.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengesyorkan supaya  mewajibkan ujian saringan Covid-19 di pintu masuk ke Langkawi sebagai langkah berjaga-jaga penularan virus tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI