fbpx

Ebit Lew beri iPhone kepada mangsa samun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ebit memberi sumbangan iPhone kepada Nur Azizah.

PETALING JAYA – Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew memberi sebuah telefon pintar jenama iPhone kepada Siti Nur Azizah, 17, mangsa yang disamun tiga lelaki baru-baru ini supaya dia dapat berniaga secara dalam talian.

Menerusi satu hantaran di Facebooknya berkata, beliau memberikan sedikit sumbangan kepada wanita itu sambil turut meluahkan rasa sebak berikutan tragedi yang menimpa gadis berkenaan.

“Sebak sayu sangat rasa ziarah adik Siti Nur Azizah yang disamun ketika bekerja menjual barang secara dalam talian dan menghantar barang dengan motosikalnya. Cedera parah sehingga tangan kanan kena potong sehingga bahu, motosikalnya juga dicuri.

“Saya hadiahkan sebuah iphone dan sedikit wang tunai buat adik ini dan emaknya. Adik ini baik sangat, dia tidak memiliki telefon bimbit untuk buat perniagaan secara dalam talian di laman Instagram,” tulisnya di Facebook hari ini.

Berita berkaitan: Tendang motosikal hingga terbabas sebelum samun

Jelasnya, ayah kepada Nur Azizah sudah meninggal dunia tiga tahun lepas dan dia mula berniaga secara dalam talian demi membantu keluarga.

“Semenjak ayahnya meningggal dunia, Nur Azizah kerja berniaga secara dalam talian, ‘live bundle’ dari tiga tahun lepas. Dia tidak bersekolah kerana hendak membantu keluarga,” katanya.

Tambahnya, dia sempat berkongsi kepada Nur Azizah doa dan amalan yang boleh dilakukannnya. – K! ONLINE

Berita berkaitan: Tangan wanita mangsa samun motosikal terpaksa dipotong

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI