fbpx

Sudah puas berkelah, mandi-manda buang sampah merata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Timbunan sampah yang dibuang oleh segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab.

PETALING JAYA – Sikap segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab membuang sampah merata-rata di kawasan rekreasi mengundang rasa kecewa orang ramai.

Menerusi satu perkongsian yang tular di laman Twitter, seorang pemilik akaun bernama Khairul Azri telah memuat naik beberapa keping gambar memaparkan timbunan sampah di sungai di Hutan Lipur Hulu Perdik, Hulu Langat, Selangor.

“Abang, kakak, tuan dan puan, hendak beriadah dalam musim Covid-19, selain jaga prosedur operasi standard (SOP) tolonglah jaga kebersihan, jangan buang sampah merata-rata.

“Jika tiada tong sampah, bawa masuk ke dalam kereta dan buang di rumah masing-masing. Sekian,” tulisnya di Twitter hari ini.

Rata-rata orang ramai turut menyuarakan kekecewaan terhadap golongan yang tidak bertanggungjawab terbabit.

“Alam sekitar bersih sepanjang musim Covid-19. Segala jenis pencemaran kurang tetapi bila manusia mula kembali aktif, segala pencemaran kembali.  Jelaslah manusia itu punca pencemaran,” kata fhysal.

“Tidak ada sikap tanggungjawab langsung, haih lah, betul punca kerosakan berpunca daripada tangan-tangan manusia,” ciap @ShamsulSyasya.

Menurut Mahathir Jaulan, kedegilan segelintir individu yang tidak bertanggungjawab itu sepatutnya dikenakan tindakan denda.

“Banyak lagi tidak sedar pasal kebersihan ini, jadi pendapat saya yang tidak seberapa ini, tolong kumpulkan sekali sampah-sampah tersebut.

“Tempat riadah kenakan bayaran untuk sampah RM5 seorang. Kalau buang merata bukan di tong sampah denda RM300,” cadangnya. – K! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI