fbpx

Nora Danish dikecam gara-gara ‘belanja’ punggung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORA DANISH

PETALING JAYA – Pelakon Nora Danish dikecam peminat gara-gara me bahagian punggungnya untuk tatapan umum.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, pelakon berusia 39 tahun itu berkongsi sekeping gambar dari arah belakang sambil memakai seluar jeans ketat sehingga menampakkan bentuk punggungnya.

“Ghost buster (memburu hantu),” tulisnya dalam ruangan kapsyen.

Gara-gara perkongsian foto tersebut, ibu kepada dua orang cahaya mata itu telah ditegur dan dikecam pengikutnya dalam Instagram.

Rata-rata berpendapat seharusnya Nora tidak berkongsi gambar sedemikian kerana dilihat kurang manis lebih-lebih lagi statusnya sebagai isteri dan juga ibu.

“Tunjuk dekat suami sudahlah,” kata seorang pengikutnya.

“Macam kurang sesuai rasanya. Maaf menegur,” ujar seorang lagi pengguna Instagram.

“Seelok-eloknya akak dah berumur cukup-cukuplah tayang aurat. Dah tenat dunia ini,” komen seorang lagi netizen.

Setakat ini, perkongsian gambar tersebut telah mendapat lebih daripada 59,000 tanda suka daripada pengikutnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI