fbpx

Gempa bumi sederhana gegar Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dikongsikan MetMalaysia berhubung kejadian gempa bumi di Indonesia.

PETALING JAYA – Kejadian gempa bumi sederhana berukuran 5.6 skala Richter telah berlaku di Semenanjung Minahassa, Sulawesi, Indonesia pada pukul 8.49 pagi hari ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menerusi kenyataan di laman Facebook rasminya berkata, gempa bumi itu berlaku di koordinat 1.3 darjah Utara dan 122.2 darjah Timur.

“Kejadian itu dikesan 135 kilometer Barat Laut dari Gorontalo, Indonesia dengan kedalaman 41 kilometer.

“Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia berikutan kejadian bencana alam itu,” ujar kenyataan itu hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI