fbpx

‘Belum sempat solat sudah buat dosa’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar penularan video yang tular membabitkan seorang kenamaan di Putrajaya baru-baru ini.

Ungkapan Imam Besar Masjid Putrajaya, Ikmal Zaidi Hashim yang mengatakan jemaah yang bertindak menularkan video orang kenamaan solat Jumaat seperti sudah membuat dosa sebelum sempat menunaikan solat itu baru-baru ini ada benarnya.

Seorang rakan memberitahu penulis, perbuatan menularkan video itu sudah salah dengan niat tidak baik sehingga menimbulkan kegusaran orang ramai.

“Niat asal kita ke masjid adalah baik untuk solat Jumaat, tetapi kita rakam sesuatu perkara dengan niat lain sehingga membuatkan ramai orang maki hamun itu adalah tidak kena,” katanya.

Di media sosial, orang ramai menulis pelbagai ayat tidak enak terhadap imam besar masjid itu seolah-olah semua sudah hilang pedoman.

Semuanya gara-gara video tular di Masjid Putrajaya yang menunjukkan beberapa jemaah menunggu tidak dibenarkan masuk untuk menunaikan solat Jumaat disebabkan kuota sudah penuh tetapi orang kenamaan dibenarkan masuk.

Pada Ahad lalu, Ikmal Zaidi menerusi live di laman Facebooknya cuba menjernihkan keadaan dengan mengatakan kuota jemaah solat Jumaat di Masjid Putrajaya adalah 300 orang dan 30 peratus daripada jumlah itu bersamaan 30 orang merupakan kuota orang kenamaan yang telah memberi nama awal.

Penerangan itu menambah amarah orang ramai di media sosial. Tidak habis memarahi orang kenamaan yang dipaparkan dalam video tular, Ikmal Zaidi pula jadi sasaran.

Imam Besar itu dimarahi dengan pelbagai ayat dan kata nista, mengucap panjang kalau dibaca, seolah-olah mereka sudah tiada rasa hormat kepada agamawan.

Itulah realiti kehidupan sekarang ini apabila semua perkara boleh dilihat dan ditulis di media sosial.

Zaman dahulu, jika ada yang tidak kena atau meluahkan rasa marah kepada sesuatu perkara, orang ramai akan menulis surat sama ada kepada subjek atau kepada organisasi media.

Tidak kurang juga akan menelefon syarikat media untuk meluahkan rasa marah jika tidak berkenan terhadap sesuatu perkara.

Pernah sekali pejabat Kosmo! dikunjungi sekumpulan orang kelainan upaya apabila laporan akhbar muka depan menulis tentang taktik peminta sedekah di sekitar ibu kota.

Selain itu, tidak terlepas pejabat penulis turut didatangi oleh ‘Sultan Melaka’ apabila ada berita tular mengenai dakwaannya merupakan pewaris asal Kesultanan Melaka.

Itulah bezanya dahulu dan sekarang. Sekarang semua boleh diluahkan di hujung jari sehingga boleh dikongsi beribu-ribu kali di media sosial.

Walaupun cara itu berbeza, adab dan tatasusila kita tidak boleh dilupakan, jangan kita menulis sesuatu di media sosial secara beremosi hingga menyinggung perasan orang lain. Kita tetap orang

Malaysia yang kaya dengan budi bahasa walaupun dalam keadaan tidak puas hati atau marah sekalipun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI