fbpx

Terkedu polis serbu kondo semasa leka proses heroin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mustafa Kamal (kiri) menunjukkan dadah heroin yang dirampas pada sidang akhbar di IPD SPS di Nibong Tebal hari ini.

SEBERANG PERAI – Dua lelaki yang sedang leka memproses dadah jenis heroin terkedu seelpas polis menyerbu sebuah kondominium mewah di Bukit Tambun, Simpang Ampat di sini, Jumaat lalu.

Suspek berusia 39 dan 51 tahun itu ditahan semasa operasi yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dan JSJN Pulau Pinang pada pukul 7.30 malam.

Dalam operasi itu, polis merampas 13.6 kilogram (kg) heroin dan hampir 7kg serbuk kafein bernilai RM184,335 dipercayai bagi pasaran kawasan utara Semenanjung.

Menurut Ketua JSJN negeri, Asisten Komisioner Mustafa Kamal Gani Abdullah, susulan itu, pihaknya membuat tiga serbuan.

“Kita kemudian menahan seorang lelaki di tempat letak kereta kondominium sebelum menyerbu sebuah rumah teres di Taman Merak dan kedai gas memasak di Simpang Ampat pada hari sama.

“Secara keseluruhannya kita menahan tujuh suspek berusia 24 hingga 51 tahun termasuk dalangnya yang berusia 34 tahun,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Selatan (SPS) di Nibong Tebal di sini hari ini.

Siasatan mendapati sindiket itu aktif sejak tiga bulan lalu dengan menyewa kondominium terbabit pada kadar RM1,800 sebulan.

“Sebahagian suspek termasuk dalang sindiket merupakan peniaga gas memasak. Mereka memproses dan mengedar dadah itu di sekitar kawasan utara.

“Kesemua suspek ada rekod jenayah dan dadah. Mereka juga didapati positif syabu,” katanya lagi.A

Aset sindiket seperti kereta jenis BMW, Mercedes Benz, Nissan Sentra, Perodua Myvi dan Proton Persona, barang kemas serta wang di dalam akaun bernilai RM266,000 dirampas. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI